Day two : 10 things you love

by - May 19, 2011

*gambar takde motif pun dengan entry ni*



1st : Aku suka number 27. Sebab tarikh lahir aku 27 July. Heeee :D but aku tak tau kenapa aku suka sangat number 27.

2nd : Aku suka surprise. Best kan kalau ada orang buat surprise untuk kita? Surprise ni buat macam kita tak sabar² nak tau apa yg diorang buat :)

3rd : Aku suka kucing. Yup! Suka sangat²! Lagi² kucing parsi. Woohoo! Comel gila! Tapi takbole bela kucing :( Sebab adik² aku ada asma. So memang takbole la nak bela :(

4th : Aku suka chocolate :D kalau boleh, hari² nak makan chocolate. Makan marshmellow dengan chocolate lagi sedap. PERGH! Meleleh wey, HAHA! xD

5th : Aku suka colour purple. Sekarang otw nak suka colour pink. Hihi xD aku tau pink tu macam gedik. Peduli hape aku. Hahaha xD but kat dalam almari aku kebanyakan baju colour hitam :) Tudung and shawl pun banyak colour hitam. Dulu aku suka colour hitam kot, but sekarang still suka juga :D

6th : Aku suka buat benda pelik or merepek. Bukan benda bahaya okay? Tapi makanan. Time form bape nta, aku tak ingat. Setiap kali ada kokurikulum, pegi mcd dulu sebelum pegi sekola. Time tu duit takde sangat, so beli kentang dengan ais krim je la. Then cicah kentang dgn ais krim tu. Sedap wey! Kadang² makan milo dgn biskut Jacob. Makan chocolate cadbury yg 1 dua posen tu dgn roti. Korang try la :D actually banyak lagi benda merepek, malas nak cite banyak :D

7th : Aku suka Barbie. Time kecik² dulu, banyak gila wey beli Barbie. Ada la dalam 1 beg sekolah. Tu pun tak muat tau. Ada lebih lg. Hahahaha! Aku ingat lagi, first time aku dapat Barbie time birthday. And aku ada 2 Barbie theme yg sama. Kalau aku cite pun, bukannya korang tau Barbie apa. Betul tak? Haaa! Tau sangat :p Walaupun sekarang ni aku dah besar, time kelua mana² mall and ternampak Barbie, mesti aku tengok semua Barbie :D

8th : Aku suka suasana romantik. Best tau! Hihi xD kalau orang yg romantik pun aku suka. Taknak la over sangat romantik tu, kang aku meluat pula. Biasa² je dah ah. Haha :D

9th : Aku suka lepak. Yeah, dulu aku selalu sangat keluar dengan kawan aku. Ada la dalam setiap minggu. Kalau tak ke One Utama, aku lepak KL. Tu pun dengan Nina. Kalau keluar One Utama, dengan Naza je. But now, aku dah jarang gila nak keluar rumah. Lepas kes simbah acid tu la. Haram jadah punya jantan ==' Takut kot nak keluar lepas ada kes tu.

10th : Aku suka barang yg comel. Benda² yg kecik la. Eeeee! Comel gila! Macam aksesori la, cincin, rantai, gelang. Suka gila la! Lagi² kalau benda tu warna dia warna warni la. Menarik gila!



Dah cukup kan?
Okay, BYE! :D

You May Also Like

0 comments