Review movie: Bujang Terlajak

by - February 14, 2012




Sinopsis : Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Aku tak tengok movie ni kat panggung, cuma tengok kat youtube. Jimat sikit, boleh tengok banyak kali. Hihi! Lagi2 bila pakai Unifi ni. Memang laju je la. Takde la menyirap sangat bila nak tunggu en. Cerita ni ada part lawak juga, lagi2 si Johan. Memang best la cerita ni. Puas hati juga lepas tengok. Heee :D
Kalau ada movie best lagi, aku share kat sini k ;)


Adios!

You May Also Like

4 comments