Reunion kem #Part 2

by - February 06, 2012


Pukul 3 pagi, terus balik dorm sebab nak siap gerak Pahang pukul 4 pagi. Dah mandi bagi segar badan, terus pergi dewan makan. Tinggal Masitah kat dorm sebab dia nak make up bagai. Aku dengan mama je yang tak reti nak make up, HAHA.

Masa kat dewan makan sementara nak tunggu yang lain sampai, borak borak la. Memang mata tak ngantok langsung. Kemain segar lagi. Bila dah naik bas pukul 4 pagi tu, baru la terlelap sebab sejuk en. Memang lena la tidur.
Pukul 6 pagi aku terjaga sebab bas berhenti untuk berehat and sarapan. Tengok belakang, kemain! Semua dah duduk dengan couple masing2. Mula2 naik bas je konon kena lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Ciss! Then aku pergi belakang, duduk dengan Ita. Then semua yang lain turun pergi makan. Aku je yang tak makan sebab takde selera. Hampir pukul 7 pagi, baru sambung perjalanan. Memang lama gila lah. Tidur lagi.


Sampai kat Felda Chini, Pahang dalam pukul 8 lebih.

Kitorang dapat t shirt besar! Hahaha! Size kecil dah habis. Yang ada pung size XL, XXL and XXXL. Apak ahh! Memang aku tak pakai la. Aku ambil pun simpan je baju tu. Kalau nak pakai pun kat rumah je la. Nasib baik aku dapat size XL, Yuni yang bagi aku.

Macam bosan bila duduk satu tempat, then kitorang merayau. Jenjalan cuci mata. Heee :D
Dah puas berjalan, kitorang pergi kedai makan. Masa tu dalam pukul 10 lebih kalau tak silap aku. Duduk je lepak kat kedai makan. Kedai dia pula pelik, jenis layan diri. Kitorang order kemain lama lagi tunggu. Tengok2 kena ambil makanan / air tu kat kaunter kalau dah siap.

Masa tengah lepak kat kedai makan, aku lena kejap sebab letih. Tiba-tiba rasa macam nak curi dengar apa yang diorang nak borak. Diorang fikir aku dah tidur :p

Dalam pukul 12 kitorang tunggu yang lain kat depan bas. Nasib baik balik awal :D masa otw nak balik, tiba2 cikgu suruh Syawal kutip sorang RM1 untuk pergi Gunung Ledang Resort. Cisss! Cikgu bukan nak bagitau awal2. Tidak, dah lama aku bawa baju and seluar, nak mandi sana.

Otw ke Gunung Ledang Resort, Ikmal pelawa aku makan. Then Ita bising, cakap yang aku tak makan nasi dari pagi tadi. Hm. Bengong betul la. Tak pasal2 kena paksa makan. Haishhh. Thanks ea sebab care pasal aku, sayang korang :*

Dalam pukul 4 lebih kitorang sampai kat Gunung Ledang Resort. Air kat Gunung Ledang memang sejuk gila. Aku tak rendam kaki pun kat sana, sentuh air pun tidak. Masa lepak-lepak tu, tiba-tiba ada sorang perempuan ni tergelincir, habis basah. Semua gelakkan dia, kesian tau!


Yuni, Masitah, Mama, Cikgu Umi, Dee
Sebelum gerak balik, ambil gambar dengan cikgu. Hihi! Myra! Ni ha mak kau. Tak rindu ke? Hihi :D

Sampai kem dalam pukul 6 lebih. Semuanya ajak makan, tapi aku degil taknak makan. Aku memang taknak makan nasi sebab lauk dia ikan masak sambal. Aku tak suka -,- ngehehe :D

Habis makan, terus balik dorm. Malam tu lepak2. Then ajak abang kat kem tu bawa kitorang keluar, pergi makan :D habis makan, lepak kat bilik rehat, sampai tertidur.


Bersambung entry yang lain,

You May Also Like

0 comments