Tempahan kuih raya

by - July 29, 2012


Assalamualaikum,
Baru puasa seminggu lebih, mak dah dapat tempahan kuih raya. Biasa la, adik-beradik mak je yang tempah. Tu pun dah banyak tau. Nak tau kuih apa yang mak selalu buat? Klik SINI ;)

Mak aku buat kuih sedap sedap tauuu! Rugi siapa yang tak pernah rasa. Memang lain daripada beli kat kedai. Yang kedai punya tak sedap, ada setengah tu biskut dia macam masuk angin, lemau je rasanya. Mak selalu buat kuih semperit dan almond london. Kalau mak rajin, mak buat kuih dam. Mak kata kuih dam tu susah nak buat, hoho! Tapi paling letih bila nak buat kuih semperit. Kena banyak tenaga ohh. Aku cuma tolong potong buah ceri je untuk topping kuih tu, hihi :D

Bila buat kuih almond london, paling best bila part nak letak chocolate tu. Hohoo! Sape tak suka chocolate kan? Kalau macam terkena kat jari, apa lagi. Mesti la jilat en? Hahaa :D kalau buat time siang, kena tahan sikit nafsu makan. Hihi :3

Chocolate marble ni salah satu fav aku. Kalau pegi beraya kat rumah sesiapa masa kecik2 dulu, bila nampak kuih ni je mesti laju nak makan. Nak buat kuih macam ni, tak reti + tak tau resipi. InsyaAllah kalau aku rajin, aku cari resipi kuih chocolate marble ni and ajak mak buat sama-sama :D


Tumblr_m2prsfrhc91qlwwwjo1_500_large
Dari tahun lepas lagi aku plan nak buat macarons untuk raya, tapi plan tu musnah sebab busy prepare untuk PLKN. Tahun ni aku tak kira! Aku tetap nak buat macarons untuk raya tahun ni! Tapi tu la, tak reti nak buat inti macarons. Paling senang pun pakai chocolate Nutella la. Pergh! Sedap tu.

Minggu depan start beli barang untuk buat kuih dan macarons. YEAYY! Tak sabar nak buat kuih raya tahun ni. Ehem2! Kalau korang nak tempah juga, bagitau je. Memang tak menyesal tau. Kalau rasa sekali, confirm nak lagi :D


Bye!

You May Also Like

0 comments