Regalia Suites [REVIEW]

by - April 05, 2017


Assalamualaikum :)

Kali ni FD nak share sikit pandangan atau pengalaman tidur kat Regalia Suites, KL. Mungkin ada yang dah tau baru baru ni FD dengan kawan kawan buat girls night out gitchuuuu >,<
http://ftndiana.blogspot.com/2017/03/girls-night-out-regalia-suites.html

So kitorang checkin 4 and 5hb Mac 2017. RM380 per night. Harga tak termasuk cukai. Total sekali cukai dan cas segala benda ; RM440.80. Kitorang ambik Premier Two-Bedroom Suite. Max 4 orang tapi bantai masuk je ramai ramai sebab 1 rumah tu sangat luas. FD bantai tidur kat ruang tamu je.


Bilik ni 2 katil single


Toilet luar bilik. Luas tapi pintu takbole nak lock -,-
Nak mandi pesan kat member jangan nak gatal intai ke apa. HAHA! Timbul ketumbit kat mata kau hadap lah sakit tu.


Ruang tamu
Ruang tamu okay, luas. Cuma tv tu gambar macam tv biasa. Tak bape clear sangat. And masa mula mula sampai, rasa hangat je sebab aircond tak bape kuat. Ambik masa sikit nak sejuk kat ruang tamu tu.


Dapur atau apa nak panggil pun taktau lah. Hehe. Dapur tak bape nak bersih sangat masa mula masuk ni. Sepatutnya diorang bersihkan dulu tempat sebelum guest nak checkin.


Pintu bilik pun hancur gini. Kau ghaseee?


Bilik utama
Katil size king. Nak tidur 3 orang pun ngam kalau korang jenis kecil molek je. Yang besar besar tidur 2 orang cukup lah. Katil selesa. View pun cantik. Tapi sorry, FD tak ambil gambar view. Hehehe :D


Lantai dia, alahaii. Ni tah anak main conteng conteng ke apa ke FD pun tak tau lah. Patutnya baiki benda gini. Biar lah lantai tu cantik.


Kemudahan yang disediakan okay. Ada iron, ironboard and hair dryer. Hanger pun banyak.


Toilet dalam bilik utama

FD takde ambil gambar kat toilet 1 lagi. Kat tempat mesin basuh.
Yes, ada mesin basuh. Tu salah satu kemudahan yang okay. Yang tak okay. atas mesin basuh tu ada tin arak. Dan toilet tak bersih. Bau hancing. Harap pihak Regalia boleh perbaiki bab kebersihan dalam bilik and mana mana tempat dalam rumah tu.

Satu lagi, deposit RM500 tau. FD masa mula nak checkin pun terkejut dengan member sebab sepatutnya tunggu kawan sorang lagi. Nasib lah lepas jugak. Tapi bayar pakai kad pun mesin dia takbole baca banyak kali. Asyik error je. Padahal kad baru, cip takde problem pun.

So far cuma boleh bagi 3 dari 5 bintang.

Tu je yang FD boleh share dengan korang.
Thank you sudi baca! ♥

You May Also Like

2 comments

  1. iye ke?
    aduhai. bab tandas x bersih tu yg paling x best!

    ReplyDelete
  2. Alahai... sy sokong tu patut pihak hotel kena la concern pasal kebersihan tu. Kdg2 mood pon boleh spoilt sebab xberapa nak bersih ni. Adui

    ReplyDelete