Cuti Sekolah Bulan Mac 2015

by - April 09, 2015


Assalamualaikum :)

Pesanan sebelum teruskan bacaan anda
*entri ni penuh dengan gambar selfie, baik close window kalau taknak ada rasa meluat xD*

Ini cerita dua minggu lepas, kot? Eh, tiga minggu lepas. Baru ni sempat publish. Cuti sekolah haritu FD dan sekeluarga pergi KL. Nak tengok new member dalam family yang baru lahir >,< and kebetulan opah pun datang KL ikut maklong.


Haii! Itu lah opah kami! *wave hand*


Hello little baby! Anak ke tiga makteh. Akhirnya dapat jugak baby boy and maybe the last one sebab dah tercapai nak baby boy? Ihiks! Nama baby ni Ezhan. I dont remember his full name. Nama Ezhan ni senang ingat pun sebab nama lebih kurang macam ayah dia. Ezhar. Mata sepet ada macam iras iras mata kakak dia yang sulung. Rupa pun ada macam kakak dia sikit.

Lepas singgah rumah makteh, kite jalan jalan dulu pergi IKEA pulak. Nak survey almari kenkonon. Kah! Mahai ler woi. So kite jalan jalan cuci mata sahaja lah ye. Sambil selfie tiap kali nampak cermin. Ihiks! :p

Masih tak percaya yang FD keluar pakai dress. NEVER! KAH!
But still I made it. Wiwiwiwi!

Lepas jenjalan, kite dinner pulak. Oh ya, with my adik lelaki. Tapi gambar time dinner takdok ye. Harap maaf. Datang Damansara pun sebab nak jumpa adik lelaki. Maklum lah, dia dah duduk bujang sekarang. Kerja kat One Utama.

------------------------------------------------------------

Second day still meet my adik but tak jalan sama. Dia lagi nak jalan dengan kawan. Ceehhh! ;(
So kite jenjalan je lah dengan gugirls ni. Mak, FD, Darlina and Sarah.


Another selfie bila nampak cermin.
Ayu sangat weolls kan? :p
KAH!


Budak ni semangat nampak patung Frozen. Dia ingat kakak dia nak belikan lah tu, wekk!
Mahaii, membazir je tauu. Baik akak belanja hang makan coklat je.

------------------------------------------------------------

On third and fourth day kite kat kampung Beruas, Perak. Tapi takde gambar lah wak. Sorry. Kite jamu dengan gambar ketupat nak? Hehe :D
Haaa rajin opah kite buat ketupat tau walaupun bukan time hari raya. Siap ada design lain lagi tu cara bungkus. Ada pulak yang kata macam pocong, natang sungguh! Hahaha! Mak kata ni lemang takde buluh ler.

Eh tetiba gambar Sarah takde gigi 1.
Wahahahaha! Memula cabut kemain dia meraung bagai nak gila. Dah malam tu sengih sengih pulak dah. Seronok takde gigi main gusi kot. Hehe

------------------------------------------------------------

Hari ke lima kite balik kampung kat Sabak Bernam, Selangor pulak. Sebab ada kenduri kawin. Sepupu sebaya FD dah kawin. Pergi kenduri malam je sebab esok pagi tu gerak balik Terengganu terus.
Gambar pengantin takde sebab busy melayan kenkawan dia. Yang ada budak dua orang gila bergambar ni aje :p

Budak sorang tu tak habis habis senyum tunjuk gigi tak cukup tu xD
Tema biru youuuu. Sarah excited lah sebab dah seakan Frozen.

Kawin kawin kawin. Dah lah masa tidur kat rumah maklong tetiba mimpi kawan nak kawin, lepas tu frust menonggeng. Apahal tah. Kawan zaman budak hingusan dulu. Lepas tu opah pulak tanya bila nak kawin, sedare tanya bab kawin, habis semua nak tanya pasal kawin. Apa ni, muda lagi lah. Banyak kena belajar lagi T_T
so tolong lah jangan tanya bab kawin lepas ni, okay?

------------------------------------------------------------

Last day, nak balik Terengganu dahhhhh.

Bergambar depan rumah atok dulu

Abah ni lama sangat, tak pasal pasal terbersin. Sian pulak Sarah.


Abah kalau ambik gambar memang tak duduk diam tau

Mak pulak malu malu >,<

Tapi sayang, takde gambar dengan atok and nenek. Tak sangka pulak haritu last jumpa atok. Hmm, nanti FD cerita kat next entry.

Masa dalam perjalanan balik Terengganu, kena lalu Pahang kan. Lepas tu FD nampak signboard naik cable car ke Genting Highland. Saje testing ajak abah singgah jap :p ingatkan abah taknak bawak, tapi kona jugak masuk arah tu. Ekekee :p tetiba teringin naik cable car sebab last naik dulu macam kecik kecik maybe umur time tu 4 atau 5 tahun. Sarah dengan Darlina lagi lah tak pernah naik. Nasib baik lah abah nak singgah walaupun tak rela nak naik cable car tu. Nampak sangat abah gayat sekarang ni :p


Sarah suka sangat photobomb! xD


View dari dalam cable car


Budak tu selfie sensorang je :p


Bila ada Darlina, Sarah mula lah nak burukkan gambar >,<






Another photobomb by their daughter, ini kes sebab nak halang Sarah photobomb mak abah tapi termasuk gambar Darlina pulak >,<


Mak & abah ♥

Memang takde gambar menarik pun masa kat Genting sebab takboleh nak masuk outdoor or indoor theme park sana sebab tengah renovate kot. Katanya tahun depan baru bukak. Dah nama pun saje jalan nak singgah, ye tak? :p

So sampai sini je lah entri pasal cuti sekolah bulan Mac 2015. Bebudak cuti sekolah, kite pun sibuk cuti. FD hari hari cuti tau xD

You May Also Like

2 comments

  1. best dapat jalan2 dgn family kan FD ! *comey bby ezhan.

    ReplyDelete
  2. comel baby ezhan. best kan kalau dapat balik kampung. macam hari raya pulak bila ada ketupat dan lemang tanpa buluh tu. hahaha :D

    ReplyDelete