Iftar @KL dengan kengkawan ^_^

by - July 22, 2015


Assalamualaikum :)

Haa, dah masuk Syawal baru dapat update belog. Maaf ye kalau ada yang jenguk, tapi takde post terbaru. Huhu. Busy kerja. Takpe, update je semua post yang tertunggak. Hihi >,<

Ini cerita 4 Julai lepas. 3 minggu lepas.


Keluar dengan diorang, nak shopping raya and berbuka sesama.
Mady, FD, Wardah, Lan & Jan

Keluar rumah pukul 3 lebih, sampai KL pukul 5. Kau ghase? Punya lah ramai kat KL. Time weekend pulak tu. Mau tak sesak napas ha! Tapi puas hati lah jugak dapat beli baju dengan kasut raya. Yang sebenarnya plan nak iftar @KL tu je. Yang berbuka puasa ramai-ramai kat Dataran Merdeka.


Sempat lagi nak posing depan tiang ni xD


Haa, bukan keluar berlima je tau. Kat KL jumpa member lain sekali. Gerak asing je. Really had a great time with these buddies.



Ini yang kitorang dapat untuk iftar :)
Eh ice lemon tea tu FD beli sendiri. Bukan diorang kasi tau :p

Lepas kenyang berbuka, kite wefie la :p


Mamat dua orang kat belakang tu Atha and Waie


Ini pulak Apis and Din


Orang tanya "korang ni adik beradik ke? Seluar sama"
Eh, adik beradik je ke boleh barang sama? Kenkawan takbole? :p

Baju raya ke, seluar ke, baju kerja ke, kitorang semua sama.
Weolls tak kisah pun benda sama. Ihiks! >,<

Balik je, semua dah penat gilos. Nak balik, lalu kat pasar malam sabtu kat belakang jalan TAR tu. Memang habis lah duit beli makanan macam macam. Member ah kuasam tunjuk tunjuk apa sahaja yang ada coklat. FD jenis tak fikir apa, terus beli je

Ini salah satu biskut yang FD beli. Dari Ainul Aisyah, seorang pelakon.
FD beli ni sebab nama cookies ni Nutella Cookies. Perlu lah beli bila dia berkaitan dengan Nutella. Hihi :p yang lain pun ngap okay masa berbuka haritu. Harga 1 balang ni boleh tahan lah untuk cecuba je dulu. 35 hengget uolls. Nangis mak tau T__T hahahaha
Instagram - https://instagram.com/ainul.a.cookies/


Lepas tu beli Kek Lapis Sarawak pulak, flavour coklat almond. Tinggal 1 je kot, haruslah iolls beli kan? Hahaha xD nampak tak FD ni hantu dengan coklat? Pantang ada coklat. Lagi satu, Mady belanja chocolate moist cake pulak. Iolls buat muka tak malu mintak kat Mady. Hihi >,<

Balik je dari KL, semua dah lemahhh. Lagi lagi Wardah. Dah lama tak berjalan kat KL katanya. Sampai pening pening kepala. Kesian. Nasib ramai hero time tu nak tolong pimpin. Wiwiwi!

Nak kata balik tu tak balik jugak ah. Sempat lagi merayau pegi Uptown Kota Damansara pulak. Kahkahkah! Memang shopping sakan ah. Tu dah kira next day. Takpayah cerita lah. Habis sini je okay? :D banyak post lagi nak kena publish ni.

See ya! ;)

You May Also Like

0 comments