Chilindo

Tewas dengan Chilindo

August 09, 2017


Assalamualaikum 😊

Tengok ramai betul main bid. Kita ni sebagai manusia biasa, cepat sangat terpengaruh. Sudahnya, terbid jugak 😂 FD bid 6 ke 7 item macam tu. Paling tinggi bid RM10. Tu pun over budget sebab budget RM5 je per item. Hehe.

Kalau ada yang masih taktau apa itu Chilindo, boleh baca INFO CHILINDO. Website ni bukan macam Zalora ke, Lazada ke, Shopee ke, tidak sama sekali. Yang ni korang bid ikut bajet korang je. Tapi yang susah tu kena berlawan bid lah. Berebut jugak orang bid barang.


Kotak ajaib dah sampai Isnin baru ni.


Item yang FD berjaya bid secara tak sengaja dan sengaja 😎

Sarah dah aim dulu sunglasses tu, hampeh betul budak ni
Item yang FD puas hati bid
Cermin mata hitam brand EVE (Bid RM4.20)
Fleksibel Octopus Tripod warna merah (Bid RM3.50)


EVE (Bid RM10.40 - yang ni terlebih bajet 😞)

Yang lain tu cable USB untuk iPhone (RM1.40), ring telephone (RM1), and 1 lagi cermin mata hitam (RM4.20). Yang cermin mata hitam untuk lelaki dan ring telephone tu FD bid tanpa sengaja 😂

Item ada yang elok, ada yang kualiti tak seberapa. Korang kena pandai bid ikut item jugak. Tengok yang mana berbaloi untuk bid.
Tempoh penghantaran dalam seminggu FD rasa sebab checkout item Rabu lepas dan FD pilih pembayaran melalui COD. Postage tetap RM8 tak kira korang bid 1 item atau lebih. Kalau COD extra charge RM4. Jadi FD punya total kos penghantaran RM 12.

Dalam pada tak sengaja, ada 4 item dalam troli sekarang ni. Wahahahaha! 😂

Kepada yang berminat nak bid jugak, sila lah ber-bid dengan berhemah. Hehe.
http://www.chilindo.com/

You Might Also Like

2 comments

  1. ramai blogger cuba chilindo ni. untung dapat bid rm1 je

    helloaiman

    ReplyDelete
  2. Makin femes chilindo ni..


    https://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete